headerphoto

About Us

Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2003 oleh Nurul Azwin, yang mana perniagaan terasnya ialah menyediakan perkhidmatan solekan untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan dan lain-lain. Selain itu, syarikat ini juga menjalankan kelas solekan dan kelas dandanan sepanjang tahun.


Selama 12 tahun dalam bidang perniagaan, syarikat ini semakin berkembang dan para pelanggan amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan mereka telah menyokong syarikat ini sejak itu. Seindahwajah amat berterima kasih atas sokongan para pelanggan dan Seindahwajah menghargai kepercayaan yang telah diberikan. Seindahwajah berasa bangga menjadi sebahagian daripada upacara Hari Besar pelanggan-pelanggannya.


Seindahwajah berharap dengan adanya laman web ini, syarikat ingin berkongsi dengan para pelanggan tentang hasil kerja yang telah dilakukan sebelum ini. Diharap laman web ini dapat membantu bakal pelanggan untuk merancang hari bermakna anda. Seindahwajah telah memuatkan gambar-gambar yang diambil dari beberapa majlis perkahwinan dan lain-lain majlis. Anda boleh melihat gambar-gambar dalam laman "Beauty MakeOver ". Jangan teragak-agak untuk menghubungi kami jika anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan.

 

Sekian. Terima Kasih,

Nurul Azwin

(Owner - Professional Make-up Artist)